
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
3,000 warga Kedah bersesak dapatkan vaksin gara-gara berita palsu

Sewaktu ramai daripada kita berada dalam keadaan tertekan dan risaukan situasi pandemik di Malaysia yang seolah-olah nampaknya tidak berkesudahan, ternyata masih ada pihak yang mengambil kesempatan dengan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kepada orang awam.
Terbaharu, komuniti di daerah Pendang, Kedah menjadi mangsa penyebaran berita palsu setelah mereka dimaklumkan akan menerima vaksin secara ‘walk-in’ tanpa sebarang temu janji.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim dalam kenyataannya yang memaklumkan bahawa tinjauan petugas media Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang bersama PAS Kawasan Pendang petang semalam mendapati Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pendang sesak diserbu oleh penduduk di sana.
“Walaupun kehadiran ini di luar jangka dan sangat mengejutkan, pihak PPV telah mengambil langkah sewajarnya mengawal kehadiran dan berusaha untuk menyantuni serta menyuntik mereka sepatutnya hadir temu janji.
“Dianggarkan lebih dari 3,000 orang telah hadir manakala PPV di sini mensasarkan suntikan untuk hari ini (semalam) hanya sebanyak 1,400 dos,” katanya.
Justeru, beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia menasihatkan orang awam khususnya penduduk di Pendang agar lebih berhati-hati dengan sebaran berita palsu dan merujuk dahulu temu janji melalui aplikasi MySejahtera sebelum hadir ke PPV.
“Kesesakan seperti ini amat berbahaya dan boleh mengundang berlakunya penularan jangkitan Covid-19.
“Diharapkan kepada semua yang belum menerima tarikh temu janji untuk terus bersabar menunggu giliran. Terus duduk di rumah dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Insya-Allah, temu janji anda akan tiba tidak lama lagi,” ujarnya.
-THE MALAYSIA VOICE