Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Ada SOP bercanggah yang mesti diperbetulkan TPM Ismail Sabri
OLEH: HANNAH YEOH
Kita kini mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini pernah membuat hantaran di Facebook berbunyi “Saya dah tutup pintu depan tapi….”.
Dengan kuasa yang baru diperolehinya sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya menggesa Ismail Sabri untuk mendengar nasihatnya sendiri supaya berhenti berpolitik dan fokus membantu rakyat dengan segera memperbetulkan beberapa percanggahan dalam prosedur operasi standard (SOP):
- BUKA SEMUA KEDAI ALAT TULIS
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahukan rakyat bekerja dari rumah dan para pelajar menjalani pembelajaran dalam talian sedangkan semua kedai alat tulis diarahkan tutup. Buku tidak jatuh dari langit dan kertas tidak terbang melayang.
SOP yang membingungkan ini menimbulkan kesulitan kepada mereka yang terpaksa begerak dari satu kedai ke kedai hanya untuk membuat salinan, mencetak atau membukukan dokumen.
Terdapat pelajar mata pelajaran seni dan pelbagai mata pelajaran lain untuk kelas dalam talian. Bagaimanakah mereka boleh belajar dengan berkesan tanpa mempunyai peralatan yang mencukupi? Ibu bapa perlukan kedai alat tulis untuk melengkapkan anak-anak mereka supaya dapat terus belajar sepanjang ‘lockdown’ ini.
Atau adakah kerajaan hanya mengharapkan anak-anak ini tidak melakukan apa-apa dan hanya menonton televisyen di rumah?
- BUKA SEMUA PASAR PAGI TERBUKA
Perlaksanaan ‘lockdown’ bertujuan untuk menurunkan jumlah kes positif Covid-19 harian. Kerajaan akan hanya dapat melakukannya jika SOP dilaksanakan berdasarkan sains seperti menggalakkan pengudaraan di kawasan yang lebih luas dan kurang sesak.
Saya mahu membangkitkan kes di Pasar Pagi Taman Kok Doh di dalam kawasan Parlimen saya yang mempunyai ramai pelanggan golongan warga emas setiap pagi.
Arahan penutupan perniagaan sepanjang ‘lockdown’ memaksa mereka membeli di pasar raya besar yang terletak di dalam kawasan Parlimen yang lain dan menyebabkan kos perjalanan bertambah serta persekitaran yang kurang selamat kerana ianya adalah pasaraya yang tertutup.
Di mana logiknya SOP ini sedangkan gerai di tepi jalan dibenarkan beroperasi semasa ‘lockdown’ ini?
- BENARKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN, KEDAI GUNTING RAMBUT DAN PUSAT KESIHATAN SEPERTI KIROPRAKTOR, TUKANG GUNTING RAMBUT, PENDANDAN RAMBUT ATAU MANA-MANA AHLI TERAPI BERLESEN UNTUK BEROPERASI BERDASARKAN SOP YANG SEBELUMNYA DAN MENGAMBIL LANGKAH KESELAMATAN YANG LAIN.
Malaysia telah melalui banyak siri lockdown sejak tahun 2020 tetapi saya dimaklumkan bahawa kiropraktor tidak boleh beroperasi kali ini sedangkan ahli fisioterapi dibenarkan. Mengapakah ahli fisioterapi dianggap tidak akan menyebarkan virus berbanding kiropraktor?
Apa pun alasannya, Timbalan Perdana Menteri kita tidak dapat memperbetulkan percanggahan SOP yang dinyatakan di atas ketika beliau menjadi Menteri Kanan yang bertanggungjawab di MKN, saya berharap kedudukan baharu ini dapat memberikan beliau kuasa dan inspirasi yang diperlukan untuk memastikan kementerian yang berkaitan mempunyai lebih persefahaman.
Saya hanya senaraikan tiga sahaja. Ada banyak lagi.
Ini adalah SOP yang tidak masuk akal yang telah memberi kesan kepada ribuan pekerja di Malaysia, para pelajar dan kanak-kanak. Rakyat Malaysia sudah tidak mampu lagi untuk duduk di rumah. Ramai yang telah kehabisan wang simpanan mereka dan tidak lagi mampu membayar sewa rumah atau bil utiliti.
Hanya kerajaan zalim dan tidak bertanggungjawab sahaja yang akan menunggu dan tidak melakukan apa-apa sedangkan apa yang diperlukan hanyalah satu mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik untuk memberikan bantuan kepada rakyat.
Buktikan yang anda berperanan Yang Amat Berhormat TPM dan jika tidak, pelantikan ini hanyalah wayang politik semata-mata.
-THE MALAYSIA VOICE
** Hannah Yeoh merupakan Ahli Parlimen Segambut
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Hannah Yeoh ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)