
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023

Anwar should pay heed to criticism

EPF funds should be for old age

Rethink building road through Tawai

Who is my neighbour?

Sultan Nazrin on tact and good manners

Fighting the scourge of diabetes

Political stability key to growing investments
Pameran usahawan MyAssist MSME dilanjut sehingga 4 Ogos

Minggu PKS Kebangsaan 2021 telah melabuhkan tirainya pada 4 Julai 2021 setelah sembilan hari ianya dijalankan dengan pelbagai program dan aktiviti menarik berkaitan perniagaan dan keusahawanan secara dalam talian.
Sebanyak 506 pempamer daripada seluruh negara telah menyertai ePameran di dalam Portal MyAssist MSME yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 30 Jun lalu.
Penyertaan pameran kali ini, yang merupakan pertama kalinya diadakan secara dalam talian, terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara termasuk usahawan selebriti, kementerian dan agensi serta institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan kepada PKS.
Sejak pelancaran sehingga 4 Julai 2021, seramai 29,022 pengunjung maya e-Pameran telah direkodkan.
Mengambil kira sambutan pengunjung yang menggalakkan sejak ianya dilancarkan, SME Corp. Malaysia amat berbesar hati untuk melanjutkan tempoh penganjuran e-Pameran ini sehingga 4 Ogos 2021.
Perlanjutan ini adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada PKS di seluruh negara untuk terus mempromosikan dan memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui e-Pameran di dalam portal MyAssist MSME.
Ini amat bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa yang amat sukar berikutan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa serta sambungan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untuk maklumat lanjut berkaitan Portal MyAssist MSME, sila layari www.myassist-msme.gov.my.
-THE MALAYSIA VOICE