Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Muktamadkan segera kerajaan majoriti atau minoriti
FOTO: Perikatan Nasional
OLEH: NORMAN RADZUAN
Terlampau banyak yang ‘private message’ dan ‘call’. Saya beri jawapan ringkas buat semasa ini. Seperti kita tahu Peguam Negara kata kerajaan ini masih kekal. Ya benar, kekal kerana proses perundangan. Ingat ayat Peguam Negara, “buat masa ini”.
Rakan-rakan dari Perikatan Nasional (PN) yang WhatsApp menyindir saya, “kerajaan tidak tumbang pun.”
Dari segi moraliti, kerajaan ini sebenarnya sudah tumbang kerana penarikan UMNO dari PN. Netayanhu Perdana Menteri Israel yang kita kata jahat itu sanggup pertahankan moral dirinya untuk melepaskan jawatan bila keabsahannya di Parlimen dia hilang majoriti.
PN sewajar dengan segera mesti membuktikan keabsahan majoriti yang mereka ada di Parlimen. Jika mereka masih mencukupi, mereka boleh terus kekal menjadi kerajaan. Kenapa tidak mahu ke Parlimen untuk buktikan? Berani kerana benar!
Apakah kerajaan baru boleh dibentuk? Dia ada dua pilihan iaitu secara majoriti atau minoriti. Berdasarkan majoriti sokongan Ahli Parlimen (MP) atau akuan bersumpah (SD).
Lagi satu secara blok. Berdasarkan kepada blok kita ada Pakatan Harapan (PH), PN, Barisan Nasional (BN) dan tambahan PH (Pejuang, Warisan dan Muda). Jika mengikut blok, kerajaan boleh dibentuk berdasarkan jumlah terbanyak adalah PH iaitu 91.
Saya tidak pasti UMNO mewakili BN dalam penolakan kerajaan PN. Ini kerana tiada komen daripada rakan komponen BN iaitu MCA dan MIC.
Isu agak ‘complicated’ apabila saya melihat UMNO seolah-olah ingin mengambil peluang untuk mereka menjadi Ketua Kerajaan. Sebab itu juga mereka mengatakan menolak Muhyiddin dan bukan PN.
Tidak mustahil UMNO akan berunding dengan pimpinan PN untuk jatuhkan Muhyiddin dan melantik mereka menjadi Ketua Kerajaan yang baru dengan memberi pilihan; sokong kami dan kekal menjadi kerajaan atau kami (UMNO) bersama PH dan anda hilang jawatan Menteri.
Jika ia berlaku, di situlah hebatnya UMNO daripada pembangkang – menyertai pengkhianatan membentuk kerajaan dan mengambil alih mengetuai kerajaan tanpa Pilihan Raya Umum (PRU). Tiada mustahil kerana politik itu dinamik. Jangan terkejut juga jika berlaku Perdana Menteri Interim kerana situasi sekarang segala kemungkinan boleh berlaku.
Ini kerana sukar pemimpin yang tercalit dengan korupsi mahu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Mereka sangat takut dengan Anwar Ibrahim kerana melihat prinsip beliau yang hanya disokong rakyat tetapi bukan kalangan pemimpin-pemimpin politik.
Kesemua kita serahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka Baginda. Ketika ini baginda yang mempunyai kuasa sepenuhnya. Saya rasa ia akan mengambil masa seminggu dua atau sehingga tamat darurat.
Itu sedikit pandangan peribadi saya dan pandangan saudara Syed Shah Syed Osman.
Syed Shah akan membuat rakaman video dalam masa terdekat untuk memberi penerangan mengenai situasi semasa politik tanah air.
Maaf saya tak mampu nak jawab semua pertanyaan rakan-rakan Facebook secara peribadi kerana terlampau ramai yang ‘private message’.
Ini juga hanya pandangan peribadi secara ringkas mengenai situasi politik negara. Barangkali betul atau barangkali tidak.
Buat Tan Sri Muhyiddin, bagi saya berundurlah demi untuk rakyat. Jika anda pertahankan jawatan yang sudah tiada majoriti, bermakna anda mementingkan diri sendiri daripada kestabilan politik dan ekonomi rakyat.
-THE MALAYSIA VOICE
(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)