
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Selangor pergiat usaha program vaksinasi SelVAX Industri

FOTO: Amirudin Shari
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pelaksanaan Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang terbahagi kepada SelVAX Komuniti dan SelVAX Industri.
Di sebalik kebimbangan peningkatan kes Covid-19 melibatkan pemain industri di Selangor, fasa awalan SelVAX Industri telah dilaksanakan sejak 26 Jun 2021 bagi memastikan sistem, pengurusan dan pentadbiran program dapat berjalan lancar.
Jawatankuasa Program Vaksin Selangor (SelVAX) Industri berkata, SelVAX Industri mensasarkan untuk memvaksinasi 1,000,000 pekerja atau 2,000,000 dos vaksin serta terbuka kepada syarikat dan industri untuk menyertai secara sukarela.
“Walau bagaimanapun, syarikat atau industri terlibat harus membiayai kos bagi menyertai program SelVAX Industri ini untuk memvaksinasi para pekerja mereka,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, fokus terhadap sektor industri dan syarikat akan diberi keutamaan mengambil bahagian dalam program ini seperti dipersetujui pihaknya.
“Jawatankuasa SelVAX Industri pada mesyuarat berlangsung pada 2 Julai 2021 telah memutuskan perlaksanaan program SelVAX Industri hendaklah berdasarkan Strategi Vaksinasi Berorientasikan Industri Tersasar.
“Industri keperluan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan akan diutamakan dan kilang dan syarikat yang mempunyai pekerja yang paling ramai akan didahulukan tertakluk kepada proses penerimaan tawaran.
“Walau bagaimanapun, satu kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mempunyai pekerja tidak melebihi 200 orang juga akan dimulakan suntikan vaksin secara serentak,” jelasnya.
Jawatankuasa SelVAX turut memaklumkan bahawa SelVAX Industri juga akan melaksanakan proses vaksinasi menerusi program vaksinasi tempat kerja yang tertakluk kepada kesesuaian dewan atau lokasi dan juga menerusi klinik panel SELCARE di Selangor dan Lembah Kelang.
“Kapasiti kadar vaksinasi di kesemua lokasi ini boleh mencapai 40,000 dos sehari pada tahap maksimum.
“Lanjutan daripada fasa awalan yang telah dilaksanakan, fasa seterusnya bagi program SelVAX Industri ini akan dilaksanakan secara konsisten bermula 25 Julai 2021 dan dijangka berakhir pada penghujung Oktober 2021,” ujarnya.
-THE MALAYSIA VOICE