JUST IN

Moratorium edisi PKP 3.0 indah khabar dari rupa?

by | Jul 7, 2021 | Opinions | 0 comments

OLEH: SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Hari ini 7 Julai 2021.

Orang ramai sudah boleh memohon pinjaman moratorium dari bank masing-masing.

Tapi saya ingin buat penjelasan tentang moratorium edisi PKP 3.0.

Ia bukan moratorium serupa seperti moratorium PKP 1.0 dulu. Ia juga bukan moratorium yang bebas dari dikenakan kadar faedah (interest rate).

Dalam erti kata lain, setiap bank boleh kenakan kadar faedah masing-masing, dan ini bermaksud kadar dan jumlah pinjaman anda akan bertambah.

“Tapi YB, kerajaan tak beri bank kenakan kadar faedah lah.”

Ramai yang keliru. Sebenarnya kerajaan tak beri bank kenakan kadar faedah atas faedah (compunding interest).

Bank masih lagi boleh kenakan faedah atas enam bulan moratorium ini.

Bank Negara Malaysia sendiri sahkan bahawa moratorium ini akan tingkatkan kes keseluruhan pinjaman. Anda akan kena bayar lebih dari jumlah asal termasuk faedah (kerana tambah lagi enam bulan faedah).

Berikut adalah antara skim moratorium yang dikongsikan kepada saya.

Saya harap kerajaan boleh semak semula. 600,000 isi rumah M40 dah jatuh ke B40. Ini belum termauk golongan B40 yang makin jatuh pendapatan mereka.

Saya faham mesti ramai yang akan mohon moratorium kerana mereka terdesak tetapi jangan ambil kesempatan terhadap mereka yang susah.

Saya juga faham ramai yang masih akan memohon moratorium. Rakyat sedang susah dan enam bulan tanpa perlu bayar semula pinjaman akan banyak membantu.

Tetapi saya juga kecewa dengan tindakan kerajaan yang membenarkan bank mengambil untung dari waktu susah ini. Saya sudah banyak kali gesa kerajaan untuk buat perlindungan moratorium tanpa ada sebarang syarat atau cas tersembunyi.

Malangnya, ini adalah kerajaan yang degil dan malas berfikir untuk rakyat.

-THE MALAYSIA VOICE

** Syed Saddiq merupakan Ahli Parlimen Muar

(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES