Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Restoration needed for old Kuala Lumpur
Generali dan UNDP Mengumumkan VSure Tech sebagai Pemenang “Dana Cabaran Inovasi Insurans”
Stop all politicisation of education
A toned down and muted Diwali
KLTA to Embrace ASEAN Chairmanship and VMY2026 with Exciting Events and Programs
Is Najib’s apology to Malaysians enough?
Minimum wage level merits and demerits
The reason for the B40 group being in poverty
EPF contribution for foreign workers
Jangan pandang remeh soal vaksinasi warga asing
OLEH: HANNAH YEOH
Tanpa menafikan keperluan mendesak untuk memberikan vaksin kepada rakyat Malaysia, saya juga menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak mengabaikan warga asing yang tinggal bersama dalam masyarakat kita.
Baru-baru ini kawasan perumahan yang mempunyai warga asing yang begitu ramai (seperti di Kampung Sungai Penchala dan Kampung Segambut Dalam) terpaksa diarahkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disebabkan jumlah jangkitan yang tinggi di kawasan tersebut.
Mereka yang tidak mempunyai MyKad atau Pasport tidak boleh mendaftar program pendaftaran vaksinasi di bawah kendalian Menteri Khairy Jamaluddin yang menggunakan aplikasi MySejahtera. Manakala program trak vaksin bergerak anjuran Menteri Annuar Musa pula hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
Semua ini telah menunjukkan dengan jelas mengapa lebih banyak kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di Kuala Lumpur terpaksa dilaksanakan PKPD.
Apabila kawat berduri dipasang, Kerajaan Persekutuan dan petugas barisan hadapan bertungkus-lumus membendung penyebaran Covid di kawasan ini. Ujian saringan dilakukan ke atas setiap orang di kawasan PKPD.
Oleh sebab itu saya menggesa supaya vaksinasi segera diberikan kepada semua orang yang tinggal di dalam kawasan PKPD (tanpa mengira kewarganegaraan mereka) setelah mereka diuji negatif Covid-19.
Petugas barisan hadapan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah ditempatkan ke kawasan PKPD. Dengan kaedah ini, sumber yang ada dapat digunakan dengan berkesan dan akan mencegah PKPD dilaksanakan di kawasan yang sama berulang kali pada masa akan datang.
Kita terpaksa membayar pada harga yang sangat tinggi apabila mengabaikan mereka yang bukan warganegara dalam program vaksinasi kita seperti mana terbukti apa yang berlaku di Kampung Sungai Penchala dan Kampung Segambut Dalam.
Ini adalah kajian kes yang mesti diambil pengajaran oleh Kerajaan Persekutuan untuk mencegah berlakunya PKPD di tempat lain di seluruh Malaysia.
Negara kita tidak lagi mampu bertahan jika sebahagian daripada segmen dalam masyarakat kita ini tidak menerima vaksin dan mungkin mengakibatkan gelombang jangkitan lain yang memberi kesan ke atas populasi yang lebih besar.
Keutamaan kita semasa tempoh pandemik ini adalah soal keselamatan dan kesihatan setiap orang – meliputi semua orang di dalam negara – ini termasuklah kehidupan warga asing yang tinggal di kalangan kita. Virus ini tidak membezakan antara warga tempatan mahupun warga asing.
Oleh itu, demi kesihatan dan pemulihan negara kita serta untuk mencapai imuniti kelompok, saya menggesa Kerajaan segera menghantar trak vaksin bergerak ke kawasan PKPD hari ini juga bermula di Kampung Segambut Dalam. Kita mahu menang bersama!
-THE MALAYSIA VOICE
** Hannah Yeoh merupakan Ahli Parlimen Segambut
(Kenyataan dipetik daripada entri terbaharu Facebook Hannah Yeoh ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)