DO FOLLOW
Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Facing the challenges of the B40 community
A Kok and Bull-y story
Learn lessons from 1MDB debacle
Rivers as a source of life
Websites with prohibited content to be monitored
Jakim’s irrelevance beginning to show
Policies that are a hindrance to progress
Watak Les Grossman bantu lonjak nama Tom Cruise. ‘Spin-off’’ bakal menyusul?
Flag Football: An Emerging Sport in Malaysia
Peralihan Fasa 2 PPN libatkan lima negeri bermula Isnin ini
Keputusan kerajaan untuk melaksanakan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan pencapaian nilai ambang negeri yang diperincikan mengikut indikator Kementerian Kewangan disambut baik oleh semua pihak.
Terkini, khabar positif dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peralihan Fasa 2 PPN yang akan melibatkan Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis pada 5 Julai ini.
“Menerusi perkiraan dan pertimbangan terhadap dua nilai ambang, kita dapati lima negeri ini sudah memenuhi semua prasyarat untuk beralih ke fasa kedua PPN,” katanya dalam sidang media bersama-sama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz , hari ini.
Menurut Ismail Sabri, kelima-lima negeri yang terlibat berjaya menepati semua kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu kes harian Covid-19 di bawah 4,000, kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) di tahap sederhana dan sejumlah 10 peratus penduduk selesai melengkapkan vaksinasi.
Sementara itu, Tengku Zafrul tidak menolak kemungkinan bahawa pihaknya akan terus meneliti perkembangan semasa negeri-negeri yang telah beralih fasa baharu PPN agar kekal konsisten dan menjadi contoh kepada negeri lain untuk mengikuti jejak langkah sama.
“Jika terdapat salah satu negeri jatuh nilai ambangnya (kenaikan bilangan kes Covid-19), kita akan bawa balik perbincangan ke sidang khas MKN di sini dan kita akan buat keputusan sebelum buat pengumuman.
“Tapi secara dasarnya kalau nilai ambang jatuh, maka negeri itu akan pergi ke fasa terdahulu. Ataupun jika berupaya capai tiga nilai pada ambang tersebut, (tak mustahil) ia boleh naik ke fasa seterusnya,” jelasnya.
Mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP), Fasa 2 PPN masih tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketat dengan aktiviti sosial kekal ditutup dan sekatan pergerakan tetap dilaksanakan seperti ketika fasa pertama.
-THE MALAYSIA VOICE