JUST IN
Insap explores the potential of BRICS
Exporting renewable energy to Singapore
Emotional intelligence and emotional maturity
Sushi Sebenarnya Berasal Dari China?
MIDA and Chery Automotive Supply Chain Programme driving benefits for Malaysian vendors in China
Malaysian with Cerebral Palsy Inspires Through Marathon Feats in Taiwan
Solitario Expands Global Presence with New Lab-grown Store in Kuala Lumpur, Enters Malaysia Market
Messi jadi penanda aras kejayaan yang mahu diraih Mbappe
Sultan of Selangor wants all deviant teachings to stop
Tengku Zafrul perjelas isu moratorium
Dakwaan kononnya bank akan mengenakan faedah berganda dan caj penalti lewat bayar kepada peminjam yang mengambil moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) adalah tidak benar, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau menegaskan, hasil pertemuan bersama-sama wakil bank telah bersetuju bahawa pembayaran secara ansuran bulanan akan dilaksanakan mengikut pilihan peminjam sepertimana pelaksanaan moratorium automatik pada tahun lalu.
Tengku Zafrul turut memaklumkan, peminjam yang terdiri daripada golongan individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepatutnya tidak keliru kerana kaedah bayaran balik masih berdasarkan proses dan kaedah sama seperti moratorium terdahulu, iaitu bukanlah sifar kadar faedah sepanjang tempoh penangguhan.
“Saya mengatakan bahawa moratorium ini sama seperti sebelumnya. Ia bukan tanpa faedah.
“Secara definisi, moratorium adalah penangguhan pembayaran pinjaman.
“Pelanggan perlu rujuk dan berbincang dengan bank untuk mengetahui kadar faedah kerana semua bank adalah berbeza,” katanya dalam satu sidang media khas, kelmarin.
Jika merujuk kepada istilah perbankan, ‘kadar faedah’ merupakan kos ke atas pinjaman yang memerlukan peminjam menjelaskan fi kepada bank bagi pinjaman yang dibuat.
Manakala ‘kadar faedah terkompaun’ atau ‘faedah berganda’ pula adalah berdasarkan jumlah prinsipal dan juga faedah terkumpul dalam setiap tempoh pinjaman.
Jelas Tengku Zafrul, peminjam tidak perlu gusar kerana proses permohonan moratorium kali ini tidaklah begitu rumit seperti yang disangka.
Malah, pelanggan turut boleh membuat aduan jika tidak berpuas hati terhadap skim pembayaran semula yang ditetapkan oleh pihak bank kelak.
“Mereka hanya perlu buat permohonan secara dalam talian. Pergi ke cawangan dan mereka mendapat kelulusan secara automatik. Tidak ada pertanyaan, tidak ada borang.
“Buat laporan serta aduan sekiranya pihak bank bertindak menaikkan faedah terkompaun serta caj penalti (ke atas moratorium itu),” katanya.
Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PEMULIH dengan peruntukan RM150 bilion, bagi meringankan beban rakyat yang terkesan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara.
Salah satu inisiatif yang diperkenalkan antaranya ialah pemberian moratorium selama enam bulan kepada semua peminjam tanpa syarat yang boleh dimohon bermula 7 Julai 2021.
-THE MALAYSIA VOICE