
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Kerjasama Siemens, BioNTech hasilkan vaksin secara besar-besaran
![[Siemens] Siemens x BioNTech (1)](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2021/07/Siemens-Siemens-x-BioNTech-1-scaled.jpg)
Syarikat bioteknologi Jerman, BioNTech SE yang beribu pejabat di Mainz dan Siemens berhasrat untuk meluaskan kerjasama strategik dengan meningkatkan usaha sama bagi memperbesar dan membangunkan kapasiti pengeluaran vaksin Covid-19 dengan pesat.
Siemens berkata, BioNTech telah mengumumkan rancangannya untuk mendirikan pusat pengeluaran bagi menghasilkan vaksin Covid-19 di seluruh dunia, bermula dengan sebuah kemudahan pengeluaran di Singapura, berdasarkan teknologi dan kilang sedia ada miliknya di Marburg.
“Sebelum ini, BioNTech dengan sokongan Siemens berjaya menukar sebuah kemudahan pengeluaran miliknya di Marburg kepada sebuah pusat penghasilan vaksin dalam tempoh lima bulan sahaja.
“Menerusi kerjasama ini, Siemens akan membekalkan teknologi digitalisasi dan automasi terkini seperti reka bentuk, simulasi, dan perisian kejuruteraan serta teknologi kawalan proses untuk pusat pengeluaran BioNTech,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Industries merangkap Ahli Lembaga Siemens AG, Cedrik Neike berkata, kerjasama Siemens dan BioNTech tidak asing lagi, malah telah bertahan selama bertahun-tahun.
“Teknologi dan kepakaran kami yang telah teruji berjaya membantu mereka untuk menukar kemudahan pengeluaran mereka dalam tempoh lima bulan sahaja berbanding setahun.
“Sekarang, kami ingin memindahkan kejayaan ini kepada pusat-pusat pengeluaran lain bagi memastikan vaksin Covid-19 boleh dibekalkan ke seluruh dunia dengan segera,” ujarnya.
BioNTech ialah antara syarikat pertama bersama Pfizer yang memperkenalkan vaksin baru mRNA ke dalam pasaran.
-THE MALAYSIA VOICE