
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Nikmati barangan hasil Kepulauan Solomon, pertama kali dan eksklusif di Malaysia

Tidak pilih kasih, RTM tegas haramkan 71 lagu pada tahun 1989

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang unveil grand year-end festivities Santa Wonderland

Aksi filem Real Steel papar kuatnya hubungan ayah dan anak melalui tinju robot

Malaysia – Going off the deep end

Never forget to share and to care

Made for The World 2023 International Forum Achieves Tremendous Success

NTU SINGAPORE LAUNCHES A NEW BACHELOR OF APPLIED COMPUTING IN FINANCE

Usahawan cakna potensi pasaran antarabangsa melalui Forum Made For The World 2023
Wanita misteri punca nahas Tour de France jadi buruan polis

Seorang wanita kini diburu pihak polis Perancis dan berdepan hukuman penjara kerana didakwa telah menjadi punca tragedi kemalangan melibatkan pelumba-pelumba basikal Tour de France, pada Sabtu lalu.
Pihak penganjur juga dikatakan sedang meneliti tindakan undang-undang untuk menyaman wanita tersebut di atas sikapnya yang tidak bertanggungjawab itu sehinggakan mengakibatkan kerugian dan kecederaan kepada sebilangan besar pelumba yang terlibat.
Dalam insiden tersebut, seorang wanita berbaju kuning muncul di depan lensa kamera sambil tersenyum dan memegang sebuah kadbod bertulis ‘Allez Opi-Omi’ yang bermaksud ‘Ayuh atuk dan nenek’ di dalam Bahasa Perancis.
Kadbod yang dipegang wanita itu bagaimanapun dilihat berada dalam laluan perlumbaan dan telah menghalang kayuhan basikal Pelumba Jerman, Tony Martin sehingga mengakibatkan dia gagal mengawal basikalnya lalu terjatuh dan bertembung dengan basikal pelumba-pelumba yang lain.

FOTO: NBC Sports
Kemalangan tersebut disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam sejarah penganjuran Tour de France.
Pendakwa raya yang mengendalikan siasatan insiden berkenaan memaklumkan bahawa wanita yang tidak dikenali itu berdepan tuduhan atas kesalahan ‘sengaja melanggar peraturan keselamatan dan menyebabkan kecederaan’.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun dan denda tidak melebihi £13,000 (RM74,933) mengikut undang-undang di Perancis.
Dalam perlumbaan peringkat pertama Tour de France berjarak 198 kilometer itu, pelumba tuan rumah, Julian Alaphilippe berjaya mengetepikan cabaran pelumba-pelumba lain untuk muncul sebagai juara.
-THE MALAYSIA VOICE