JUST IN

Menelusuri perihal di sebalik trend LGBT ambil anak angkat

by | Jun 17, 2021 | Opinions | 0 comments

GAMBAR HIASAN OLEH: NUR FATHIAH SYAZWANA

Baru-baru ini, saya ditanya mengenai apakah pandangan tentang golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) yang ambil anak angkat?

Bagi saya, ada kriteria tertentu yang perlu ditepati sebelum seseorang itu mengambil anak angkat. Bagi saya, isu LGBT ini seseorang individu ini harus dilihat secara mendalam dan bukannya hanya luaran.

Mungkin cara perwatakannya yang nampak begitu. Tetapi dari sudut amalan agamanya dan cara atau kesediaan untuk memikul tanggungjawab menjadi seorang ibu atau ayah itu lebih penting.

Soal LGBT ini adalah sensitif. Kita sebagai orang Islam, adalah haram untuk menyerupai seseorang yang berlainan jantina dari kita. Malah, jika seorang lelaki memakai subang sekali pun adalah salah dan tidak boleh – ‘to begin with’.

Jadi pada hemat saya, dari pandangan agama adalah salah dan saya tidak boleh hipokrit. Dari pandangan sosial pula, seseorang itu haruslah menjaga imej dan perasaan keluarga.

Jadi kesimpulannya, ini bukannya soal hak asasi manusia.

Sebagai seorang Muslimah atau Muslim, saya dengan rendah diri tanpa sebarang agenda atau niat yang tidak baik, saya tidak menyokong dan saya menghormati hak semua individu.

Cuma pendapat saya, jika pilih untuk jadi LGBT, jangan kaitkan orang lain dalam ‘environment’ tersebut.

Bukan apa, takut anak-anak itu nanti jadi selesa dalam ‘environment’ LGBT dan seterusnya mereka akan betulkan benda yang salah.

-THE MALAYSIA VOICE

** Nur Fathiah Syazwana yang lebih dikenali sebagai Cleopatra merupakan usahawan dan pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cleo Cares

(Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES