JUST IN

Israel dapat pemimpin baharu

by | Jun 14, 2021 | News, World | 0 comments

Netanyahu sempat berjabat tangan dengan Bennett

– KREDIT FOTO: AFP

Undi percaya pemilihan Perdana Menteri yang telah berlangsung di Israel menyaksikan kejutan berlaku apabila keputusannya mendapati Benjamin Netanyahu yang kebal bertahan selama 12 tahun akhirnya bukan lagi calon pilihan dan tumbang kepada lawannya, Naftali Bennett yang turut merupakan bekas sekutunya.

Netanyahu, 72, sebelum ini memiliki zaman gemilang apabila dianggap sebagai ahli politik paling dominan di Israel setelah pertama kali menjawat jawatan berkenaan sekitar 1990-an dan kembali menguasai jawatan yang sama sejak 2009 dengan kemenangan empat penggal berturut-turut.

Bennett, 49, menguasai undi percaya berkenaan dengan kemenangan tipis iaitu 60 ahli parlimen menyokong dan 59 selebihnya menentang.

Kemenangan Bennett dianggap unik kerana parti politik yang dipimpinnya, Yamina hanya memiliki tujuh kerusi di dalam parlimen Israel sekaligus menjadikan Bennett satu-satunya Perdana Menteri Israel dengan bilangan kerusi paling sedikit dalam sejarah.

Rahsia kejayaan Bennett ini tercapai melalui kesepakatan yang diraih bersama-sama pemimpin parti Yesh Atid iaitu Yair Lapid dalam perjanjian pembahagian kuasa di mana Lapid kelak bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebaik sahaja tamat tempoh pemerintahan Bennett pada Ogos 2023 akan datang.

Sewaktu proses pengundian, Netanyahu dilaporkan hanya berdiam diri dan kelihatan sugul. Pemerintah parti Likud ini kemudiannya berjabat tangan dengan Bennett sebelum berlalu pergi meninggalkan ruang parlimen.

Bennett telah selesai mengangkat sumpah jawatan tertinggi itu semalam dan secara rasminya dia kini ditabalkan sebagai Perdana Menteri Israel ke-13.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES