
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Dakwaan langgar SOP, kini giliran 50 juri program ATNMY disiasat polis

Barisan juri berdepan dakwaan tidak mematuhi SOP pelitup muka
– GAMBAR HIASAN, kredit: Astro Gempak
Program realiti terbitan Astro, All Together Now Malaysia (ATNMY) nampaknya masih belum bebas daripada dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan apabila pihak polis mengesahkan siasatan kini masih dijalankan.
Walaupun dimaklumkan pihak penganjur program telah mematuhi beberapa SOP seperti melakukan saringan kesihatan serta penjarakan fizikal dengan meletakkan penghadang lutsinar, namun kegagalan barisan juri memakai pelitup muka telah menimbulkan tanda tanya.
Justeru itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, situasi terkini berhubung kertas siasatan yang dijalankan akan memanggil kesemua juri yang terdiri daripada kalangan selebriti untuk merakam keterangan masing-masing.
“Mereka akan disiasat kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
“Kami juga akan menyiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Program ATNMY yang dirakam sekitar Mac lalu sebelum pelaksanaan PKP 3.0 telah bersiaran di kaca televisyen melalui episod pertama pada minggu lepas, bagaimanapun kini dihentikan sementara berikutan kontroversi pelanggaran SOP yang berlaku.
ATNMY adalah sebuah program realiti hiburan terbaharu yang popular berikutan konsepnya melibatkan jumlah peserta dan bilangan juri yang ramai hasil adaptasi format asal All Together Now dari United Kingdom terbitan BBC One.
-THE MALAYSIA VOICE