JUST IN

Usahawan PKS mikro dapat bantuan kewangan GKP 3.0 hari ini

by | Jun 10, 2021 | Business, LOCAL | 0 comments

GKP 3.0 disalur bermula 10 Jun 2021

– GAMBAR HIASAN, kredit: Tengku Zafrul

Hampir 1 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro melibatkan penerima sedia ada Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan GKP 2.0 serta PKS mikro yang baharu lulus GKP 3.0 akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 mulai hari ini secara berperingkat, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat melalui pautan gkp.hasil.gov.my.

“Bayaran tambahan sebanyak RM500, melibatkan peruntukan hampir RM500 juta, akan dibayar pada Julai 2021 menjadikan jumlah keseluruhan di bawah GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion.

“Secara keseluruhan, sejumlah RM5.08 bilion telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan pada 17 Mac 2021, kerajaan telah memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih 1 juta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing.

Pada 31 Mei 2021, melalui program PEMERKASA+, kerajaan telah mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh PKP 3.0, di mana jumlah tambahan sebanyak RM500 akan dibuat, menaikkan jumlah bayaran kepada RM1,500 bagi setiap PKS mikro.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES