Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
The reason for the B40 group being in poverty
EPF contribution for foreign workers
Building and construction sector now under scrutiny
Let’s look at the realities of the Budget
Navigating Challenges, Empowering Success
Malaysians should learn to acquire soft skills
Killing of Kopi sparks anger and outrage
AI to be used for weather forecasting
Is the controversial Mufti Bill necessary?
KPKK: Tiada halangan sektor agrikomoditi tertentu beroperasi sewaktu PKP
Subsektor sawit antara yang dibenarkan beroperasi – Gambar hiasan, kredit: PxHere
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memaklumkan bahawa subsektor sawit, getah, koko dan lada serta rantaiannya adalah dibenarkan untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 Jun 2021 ini sebagai perkhidmatan perlu di bawah perladangan dan komoditi.
Menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, aktiviti melibatkan penuaian, pengumpulan, pengangkutan dan penyelenggaraan pada peringkat ladang, kebun serta tapak semaian boleh dilaksanakan dengan kehadiran pekerja pada tahap optimum.
“Begitu juga bagi aktiviti dagangan subsektor agrikomoditi tersebut seperti jualan, belian, penggredan, pengangkutan dan pengumpulan serta input pertanian termasuk penyemaian anak benih, baja, racun, peralatan, alat ganti jentera dan mesin turut dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Khairuddin, subsektor biodiesel dan rantaiannya juga antara yang dibenarkan beroperasi dengan syarat kehadiran pekerja di kilang atau premis pemprosesan bagi subsektor yang dibenarkan iaitu sawit, getah, koko, lada dan biodiesel adalah tertakluk kepada had maksima sehingga 60 peratus.
“Bagi subsektor perabot, pembekalan produk kayu-kayan itu dibenarkan untuk kemudahan di hospital, Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC) dan lain-lain berkaitan Covid-19.
“Bagaimanapun, KPPK mengingatkan bahawa bagi aktiviti subsektor kayu-kayan dan kenaf adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan penuh PKP ini,” jelasnya.
Khairuddin juga memberitahu bahawa semua syarikat, estet dan pekebun kecil agrikomoditi bagi subsektor yang diluluskan, dibenarkan menggunakan surat kelulusan oleh KPPK dan Agensi secara bersekali untuk beroperasi sebelum pendaftaran ‘Covid-19 Intelligent Management System’ (CIMS) 3.0 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diluluskan.
“Justeru, semua pemain industri terutama kepada majikan dan pekerja hendaklah memastikan SOP baharu yang telah ditetapkan dipatuhi,” ujarnya.
-THE MALAYSIA VOICE