
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
PERKESO perluas perlindungan keselamatan untuk pekerja domestik

Pekerja domestik kini dilindungi sama seperti pekerja sektor lain – GAMBAR HIASAN: PxHere
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memperluaskan perlindungan keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) kepada pekerja domestik berkuatkuasa 1 Jun 2021.
PERKESO berkata, peluasan ini membolehkan pekerja domestik yang sebelum ini tidak diliputi oleh perlindungan keselamatan sosial PERKESO, kini menerima perlindungan yang sama seperti pekerja dalam sektor formal yang lain.
“Selain terdedah kepada risiko tinggi seperti jangkitan penyakit apabila menjaga golongan berisiko seperti orang tua dan orang sakit, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan pergerakan keluar orang ramai dari rumah masing-masing juga menambahkan lagi bebanan kerja pekerja domestik.
“Perlindungan yang disediakan menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan di bawah Akta 4 serta Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Akta 800 dapat memastikan pekerja domestik terus dilindungi apabila berlaku sebarang kemalangan atau kejadian tidak diingini semasa melakukan pekerjaan, keilatan, kematian dan kehilangan pekerjaan.
“Seramai 104,400 pekerja domestik membabitkan 15,000 pekerja berstatus warganegara dan pemastautin tetap serta 89,400 pekerja warga asing dijangka menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pekerja domestik adalah individu yang diambil bekerja untuk menguruskan kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi sesebuah rumah kediaman persendirian dan bukan diambil bekerja bagi apa-apa urusan melibatkan aktiviti perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan sama ada di dalam atau di luar rumah kediaman itu.
-THE MALAYSIA VOICE