Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
MPC sasar bantu kebolehpasaran tenaga kerja masa hadapan
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meneruskan inisiatif bagi mengukuhkan pencapaian pendidikan negara ke arah meningkatkan produktiviti dan memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan.
Menurut MPC, selain pendidikan formal, pendidikan bukan formal yang merangkumi pelbagai program yang ditawarkan oleh industri, institusi latihan, dan pusat pengajian tinggi awam atau swasta merupakan satu faktor yang penting serta diambil kira oleh UNESCO Institute of Statistics (UIS) dalam menentukan pencapaian pendidikan sesebuah negara di dalam laporan daya saing global.
“Program pembelajaran berasaskan kerja yang merangkumi program peningkatan kemahiran dan latihan semula atau ‘reskilling and upskilling’ sebagai pendekatan penting dalam meningkatkan kompetensi tenaga buruh sesebuah negara seiring dengan penekanan terhadap pembelajaran sepanjang hayat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu, Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, faktor pendidikan secara formal dan bukan formal hendaklah diambil kira kerana kedua-duanya memainkan peranan penting dalam memastikan ketersediaan dan kebolehpasaran tenaga buruh.
“Pengumpulan data yang lebih teliti dan berkesan yang merangkumi kedua-dua aspek merupakan antara langkah awal dalam menambah baik pencapaian pendidikan rakyat.
“Bukan sahaja maklumat ini akan meletakkan Malaysia pada kedudukan global yang lebih tepat dalam pencapaian pendidikan, lebih penting lagi ia memberi gambaran terhadap keadaan semasa dan jurang pendidikan yang wujud.
“Analisis berdasarkan maklumat yang dikumpul seterusnya dapat digunakan untuk menambah baik sistem pendidikan formal dan bukan formal negara,” jelasnya.
-HR HUB